♥Muffakiratul.Mukminah♥

Assalamua'laikum Warrahmatullahi wabarakatu
♥Vanilla lover♥
♥13 September 1992♥
♥15 Rabiulawal 1413H♥
♥Full Time Muslimah♥

kenapa aku post lagu ini? sebab lagu ni ada kaitan sikit dengan aku. aku pernah mencintai seseorang dalam tempoh yang agak lama, bermula dari 2008 sehingga 2011.  aku pernah luahkan aku cintakan dia dan aku masih ingat tarikhnya, 12.11.2008. jawapan dia membuat aku masih tergantung dengan cinta untuk tempoh masa yang amat panjang, dia tidak menolak atau terima tapi dia akan simpan cinta aku. perkataan SIMPAN membuat aku masih berharap mungkin satu hari nanti dia akan menghargai cinta aku. puas aku mencuba untuk menyukai orang lain tetapi aku tetap kembali pada dia. apa yang aku inginkan adalah melihat dia bahagia, biar dia bersama dengan yang lain, asalkan dia bahagia. aku sakit dia tidak pernah tahu kerana aku tidak ingin dia merasai derita aku. aku tidak lagi cintai dia, sangat susah bagiku membuang cinta itu. sangat susah, terlalu banyak kenangan yang kita lalui bersama. pelbagai cara yang aku lakukan, termasuk membuang kau dari senarai kawan aku dari facebook aku. aku rasa itu yang terbaik dan ya alhamdulillah aku mampu melupakan dirimu. sangat susah tapi aku perlu, aku hanya mampu berdoa aku mampu mencintai seseorang sebagaimana aku mencintaimu.semua itu hanya kenangan, ya kenangan terindah.

kepada dia yang aku maksudkan tu, moga2 kau baca. kalau kau tahu itu adalah kau, aku nak kau tahu, aku tidak pernah cuba berhenti mencintai kau, tapi aku perlu mencuba melupakan kau. kau sentiasa dalam doaku kerana kau sahabat aku. mungkin rasa sayang sekarang berbeza dengan apa yang aku rasa dahulu, aku nak kau tahu dan ingat sentiasa, AKU CINTAKAN KAU DAN AKU TIDAK CINTAKAN KAU LAGI. aku ada buat video tentang perasaan aku terhadap kau, tetapi atas kecelakaan yang berlaku, kau tak sempat nak tengok. moga ada yang terbaik hadir untuk kita. kalau kau nak buang keychaintu, buang lah, sebab aku tak penting lagi dalam hidup kau dan kau tidak ada lagi terukir di hatiku. aku sayang kau sebagai seorang sahabat, saudara muslimku dan aku sayangkan kau kerana Allah. 


‘It’s hard to tell your mind to stop loving someone if your heart still does.’

Surah- Surah Amalan

Al-Quran adalah mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. Kita wajib merujuk Al-Quran dan As-Sunnah untuk kehidupan seharian kita. Al-Quran dan As-Sunnah adalah wasiat terakhir Nabi Muhammad S.A.W yang wajib untuk kita jadikan amalan. Membaca Al-Quran mampu menenangkan jiwa kita dan salah satu cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Membaca adalah sunat, beramal dan beriman kepada Al-Quran adalah wajib. Terdapat beberapa surah-surah amalan untuk kita jalani hidupan seharian. InsyaAllah bila dibaca banyak fadhilat-fadhilat tersendiri.

1. Surah As-Sajdah

- Hadis riwayat Al Bukhari daripada Abu Hurairah r.a berkata:

“Adalah Nabi Muhammad S.A.W membaca pada solat fajar (subuh) pada hari Jumaat (Alif Laam Mim Tanzil) As-Sajdah dan (Hal Ata Alal Insan) Al-Insan.”

- Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata:

“Nabi Muhammad S.A.W tidak tidur hingga dibaca surah As-Sajdah dan Al-Mulk.”

2. Surah Yaasin

- Dalam sebuah hadith:

“Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati Al-Quran ialah surah Yaasin. Barangsiapa membaca surah Yaasin seumpama ia membaca seluruh Al- Quran sebanyak sepuluh kali.”

- Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a berkata, Sabda Rasulullah S.A.W:

“Sesiapa yang membaca Yaasin pada waktu malam untuk mendapatkan  keredhaan Allah, maka diampunkan dosanya pada malam itu.”

3. Surah Ad-Dukhan

- Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada waktu malam, ia akan menikmati waktu pagi dalam keadaan mendapat keampunanan. Sesiapa yang membaca Haa Mim yang disebutnya padanya Ad-Dukhan ia akan menikmati waktu pagi dalam keadaan mendapat keampunan.” (Riwayat Ibnu Kathir)

4. Surah Ar-Rahman

- Sabda Rasulullah S.A.W:

“Bagi setiap sesuatu terdapat mempelainya, mempelai Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.”

(Riwayat Al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman daripada Saidina Ali r.a.)

5. Surah Al-Waqi’ah

- Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sesiapa yang membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap malam, ia tidak ditimpa kemiskinan.” 

6. Surah Al-Mulk

- Surah Al-Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan kerana ia menyelamatkan sesiapa yang membacanya daripada seksaan kubur. Rasulullah S.A.W bersabda:

“Surah Al-Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka.”

(Diriwayatkan oleh Imam Tarmidzi)

- Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata:

“Nabi Muhammad S.A.W tidak tidur hingga dibaca surah As-Sajdah dan Al-Mulk.”

7. Surah Al-Insan

- Hadis riwayat Al Bukhari daripada Abu Hurairah r.a berkata:

“Nabi Muhammad S.A.W membaca pada solat fajar (subuh) pada hari Jumaat (Alif Laam Mim Tanzil) As-Sajdah dan (Hal Ata Alal Insan) Al- Insan.”

Semoga kita dapat mengamalkan surah-surah tersebut. Namun janganlah hanya tertumpu pada surah-surah tersebut, bukankah lebih indah jika kita mengamalkan dan membaca semua surah di dalam Al-Quran. Semoga Allah sentiasa bersama kita untuk mencari ilmu Allah. =]

“Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (keringnya), nescaya tidak habis ditulisnya kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Surah Al-Luqman:27

04 Rabiulakhir 1433H

Kenapa kita sembah Kaabah?

Kita sebagai Muslim bukan sembah Kaabah. Kita sembah ALLAH S.W.T. Ni juga menjadi persoalan dalam kehidupan seorang Muslim. Ada yang kurang faham kenapa kiblat kita Kaabah? Ada satu perbualan yang saya dapat dari blog orang. Moga membantu kita untuk memahami.

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……

Nah. Agama Islam agama yang syumul. Setiap persoalan ada jawapan. Moga-moga ALLAH sentiasa bersama kita saat kita memerlukan-Nya. 

“Sesiapa yang melakukan kesalahan hendaklah bertaubat dan memohon keampunan dari Allah S.W.T kerana tiada yang mampu mengampuni dosa kita selain dari Allah S.W.T. Allah S.W.T Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 

03 Rabiulakhir 1433H

Kenapa kita solat? =]

Pertanyaan yang sentiasa ada dalam kehidupan seorang muslim. Kalau orang bukan Islam tanya, mampu tak kita nak menjawab? Ada satu perbualan antara emak dan anak tentang solat. Mudah-mudahan memberi kita jawapan dalam persoalan. =]

Anak: Kenapa mama suruh kita orang solat?

Aku: Bukan mama yang suruh nak, mama cuma menyampaikan apa yang Tuhan suruh.

Anak: Apa faedahnya solat tu mama, kadang-kadang rasa letih bila solat (buat muka letih).

Aku: Ada sesiapa boleh beritahu mama, agaknya mengapa Tuhan suruh kita solat?

Anak: Mmm, supaya syaitan tak ganggu kita?

Aku: Tuhan boleh fardukan kita supaya membaca al-Quran sahaja kalau tak nak syaitan ganggu kita. Tapi, mengapa Tuhan fardukan sembahyang? Dan mengapa lima waktu? Mengapa tidak sekali atau dua kali sahaja?

Anak: Mmm, supaya kita boleh berdoa macam-macam kepada Tuhan?

Aku: Jika sekadar untuk berdoa, Tuhan boleh fardukan kita supaya mengangkat tangan ke atas dan kemukakan apa yang hendak dipinta sahaja tanpa perlu sembahyang. Persoalannya, mengapa Tuhan mewajibkan solat ke atas kita?

Anak: Mmm, supaya kita jadi orang yang baik?

Aku: Pandai! Supaya kita menjadi manusia yang baik. Ok, sekarang boleh terangkan kepada mama, macam mana solat boleh membentuk kita menjadi manusia yang baik?

Anak: Mmm, macam mana ya? Bila kita solat mama tak marah, tak denda kita?

Aku: Ok, beritahu mama, apa itu solat?

Anak: Mmm, solat itu sembahyanglah.

Aku: Ya, betul. Ok, beritahu mama apa perlu kita buat supaya kita dikatakan bersolat?

Anak: Mmm, angkat takbir, baca fatihah, rukuk, bangun, sujud, salam?

Aku: Pandai! Ok, sekarang beritahu mama, sebelum solat apa kita kena buat dulu?

Anak: Mmm, pakai telekung?

Aku: Betul! Ok, sebelum pakai telekung?

Anak: Mmm, wuduk?

Aku: Bagus! Boleh ceritakan pada mama, wuduk itu apa?

Anak: Mmm, bersihkan badan?

Aku: Bersihkan sebahagian anggota badan, bagus! Ok, sebelum berwuduk, apa perlu kita buat dulu?

Anak: Mmm, masuk bilik airlah?

Aku: Pandai! Ok, sebelum masuk bilik air?

Anak: Mmm, pakai tuala dulu?

Aku: Hihihi (gelak kecil). Ok, betul, pakai tuala. Sebelum tu? Maksud mama, apa yang perlu kita lihat dahulu sebelum kita ke bilik air untuk berwuduk?

Anak: Mmm, lihat jam?

Aku: Bagus, pandai! Tapi, kenapa kita perlu lihat jam?

Anak: Mmm, sebab nak tahu dah masuk ke belum waktu sembahyang?

Aku: Bijak! Tapi, kenapa kita kena tahu dah masuk ke belum waktu solat?

Anak: Mmm, supaya kita solat dalam waktu?

Aku: Pandai! Sekarang cuba beritahu mama semula, perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum solat, ikut turutan.

Anak: Mmm, mula-mula tengok jam. Dah masuk waktu, pergi bilik air, wuduk. Dah wuduk, pakai telekung. Dah pakai telekung, berdiri, kemudian angkat takbir, lepas tu baca fatihah, rukuk, bangun, sujud, duduk antara dua sujud, bangun, bla, bla, bla, dan seterusnya hingga salam. Lepas solat, berdoa?

Aku: Wuaa, pandai! Bagus! Ok, sekarang mari kita persoalkan satu persatu setiap tindakan yang telah disenaraikan itu. Pertama, boleh beritahu mama, jika Tuhan tidak mengfardukan solat, agak-agaknya kita kisah tak tentang waktu? Kita nak tengok tak jam kerap-kerap?

Anak: Mmm, mungkin tak!

Aku: Kedua, jika Tuhan tidak mewajibkan solat, agak-agaknya kita nak basuh tak badan kita kerap-kerap sekurang-kurangnya lima kali sehari?

Anak: Mmm, tak kut?

Aku: Ketiga, jika Tuhan tidak menyuruh hambanya solat, rasa-rasanya kita malu dan pelik tak keluar rumah dengan mendedahkan aurat?

Anak: Mmm, rasa-rasanya tak malu, dan tak pelik!

Aku: Keempat, jika Tuhan tidak memerintahkan kita bersolat, kita sanggup tak berdiri untuk satu tempoh, kemudian rukuk, kemudian sujud, kemudian duduk, kemudian bangun semula, kemudian duduk semula, berulang kali?

Anak: Mmm, tak sanggup aarr, macam penat jerr.

Aku: Bagus! Anak-anak mama semua pandai.

Anak: (Sengeh gigi kapak).

Aku: Ok, setelah menjawab semua persoalan tersebut, sekarang mari kita fikir apa yang tersembunyi di sebalik semua jawapan itu. Yang tersembunyi itulah yang dipanggil hikmah atau faedah.

Anak: Aarr? Apa tu mama? (berkerut)

Aku: Pertama, jika Tuhan tidak mengfardukan solat, mungkin kita tidak akan kisah dengan waktu. Maka hikmah solat ialah, mengajar manusia mengurus waktu. Kedua, jika Tuhan tidak memerintahkan solat, mungkin kita tidak akan menyucikan tubuh kita dengan kerap atau langsung tidak menyucinya. Hikmahnya, solat mengajar manusia tentang kebersihan. Ketiga, jika Tuhan tidak menyuruh kita bersolat, mungkin kita tidak akan berasa malu atau pelik untuk mendedahkan aurat. Maka hikmah solat, mengajar manusia agar menjaga dan menutup aurat. Keempat, jika Tuhan tidak mewajibkan solat, mungkin kita akan keberatan untuk melakukan amalan-amalan yang menjadi rukun di dalam solat yang memerlukan fokus, kesabaran dan disiplin yang tinggi. Hikmahnya, solat mendidik manusia agar berdisiplin.

Anak: (Terlopong, takjub).

Aku: Apabila manusia bijak mengurus waktu, tahu menjaga kebersihan diri, memelihara aurat dan berdisiplin tinggi di dalam hidup, maka jadilah manusia tersebut manusia yang baik. Kesimpulannya, solat membentuk manusia menjadi makhluk yang baik dan bermutu.

Anak: Ooo (angguk-angguk kepala).

Aku: Sekarang, faham kenapa Tuhan suruh kita solat? Atau faedah solat?

Anak: Faham, mama! (menjawab serentak).

Aku: Bagus! Moga Allah merahmatimu. Amin.

Anak: (Bertebaran mencari telekung).

Aku: Ehmm, wuduk dulu ya.

Anak: Eh lupa! (berlari ke bilik air).

Aku: Harr, tengok jam dulu, dah masuk ke belum waktunya?

Anak: Aisey, lupa lagi (keluar dari bilik air, berlari tengok jam).

Aku: Hahaha (gelak bahagia).

Setiap perbuatan kita ada hikmah di sebaliknya. Islam agama yang memudahkan, pemikiran manusia yang jahil memikirkan ia satu kesusahan. Bersyukur dan redha kita dilahirkan sebagai seorang Muslim. Kita ada ALLAH yang sentiasa mencintai kita. I love ALLAH dan ISLAM. =]

03 Rabiulakhir 1433H

Aku & Tudung Labuh ♥

Alhamdulillah dah masuk setahun lebih aku pakai tudung labuh. Tudung labuh adalah impian aku semasa aku masih di bangku sekolah lagi. Namun atas faktor keluarga aku pudarkan impian aku sejenak. Aku bercadang ingin memakai tudung labuh pabila aku diterima masuk universiti, universiti yang jauh dari pangkuan keluargaku. Sudah tertulis takdir aku belajar di salah sebuah universiti swasta di tanah kelahiranku. Impian aku terkubur begitu sahaja. Tidak mungkin keluarga aku akan merestui impian aku ini. Ketiadaan modal juga menjadi faktor impian aku musnah.

Aku lahir dalam sebuah keluarga yang pada asal nenek moyangku tidak mengamalkan kehidupan sebagai Muslim sepenuhnya. Hidup mengikut adat dan ketandusan tentang agama menjadi akar segala-galanya. Aku dibesarkan dalam suasana keluarga yang mengamalkan agama suam-suam kuku sahaja. Hanya papa aku menjadi pembimbing dari kecil. Mengenang kembali zaman kanak-kanak aku, aku seorang yang takut membaca Al-Quran kerana aku tidak tahu membaca Al-Quran. Aku selalu melarikan diri apabila kelas Kafa dijalankan. Nenek aku mengajar aku bermula dari Iqra’ dan Muqaddim. Namun aku masih malas untuk membaca apatah lagi belajar agama. Minat aku tentang agama hanyalah tertumpu pada keindahan nukilan kisah para Nabi-Nabi. Begitulah kisah aku masa zaman kanak-kanak.

Bila diingatkan, aku mula memakai tudung semasa aku berumur 13 tahun tetapi aku tidak memakainya dengan bersungguh-sungguh. Umurku 16 tahun adalah titik permulaan penghijrahan diri aku untuk memakai tudung. Kematian membuat hati aku tergerak untuk memakai tudung sekaligus penghijrahan diri yang pertama. Aku mula belajar agama, belajar membaca Al-Quran. 

Aku ditawarkan untuk belajar di universiti swasta;Universiti Curtin di tanah kelahiranku dalam bidang kejuruteraan. Aku diterima untuk ke UiTM dalam bidang lain, namun dengan berat hati aku tolak kerana percaya bahawa inilah titik perjalanan yang sudah tertulis untuk aku. Impian aku untuk bertudung labuh terkubur lagi. Aku tidak berputus asa. Aku percaya Allah telah aturkan sesuatu yang lebih indah untuk aku.

Aku mulakan diri aku untuk mendalami agama dengan lebih mendalam sebelum Allah makbulkan impian aku. Aku mula memakai stokin kaki dan tangan pabila aku memakai baju lengan panjang. Dalam berkat doa yang tidak putus-putus, Alhamdulillah Allah memberi jalan dan memudahkan impian aku. Alhamdulillah salah seorang sahabat sejatiku, Umi Kalthum Bt Pauji mula memakai tudung labuh dan aku tidak teragak-agak untuk menyempurnakan hasrat aku itu. Allah telah memakbulkan impian aku melalui sahabatku dan ibu sahabat aku. Aku membeli tudung labuh yang pertama bersama sahabat dunia akhiratku, Siti Aishah Bt Hamden. Dan aku mendapat tudung labuh yang dibuat sendiri oleh ibu sahabatku Umi Kalthum Bt Pauji. 

Pertama kali aku memakai tudung labuh semasa berkunjung ke rumah sahabatku Umi Kalthum Bt Pauji. Reaksi papa mama aku biasa sahaja, apa kemahuan aku, mereka turutkan sahaja malah papa aku merasakan ini yang terbaik untuk aku. Namun bukan semua bersetuju atas penghijrahan aku. Insan yang aku yakin sokong penghijrahan aku rupa-rupanya menolak dan tidak menginginkan aku sebegitu. Pelbagai tohmahan aku terima, aku dituduh mengikut kumpulan Al-Arqam, ada yang mencemuh tiada lelaki yang akan mengahwini aku, malah ada yang berdoa yang aku tidak akan kekal sebegini, aku diejek. Pedih hatiku mendengar segala-galanya. Sokongan yang aku harapkan, cemuhan yang aku dapat. Aku mencuba mencari kekuatan,Alhamdulillah Allah sedang menguji aku, menguji setakat mana aku benar-benar ikhlas. Permulaan amat memeritkan, hanya keluarga aku yang tidak dapat menerima namun sahabat-sahabat sekeliling aku menyokong aku Aku tetap berdoa moga Allah melembutkan hati keluargaku. Aku ingat kata-kata papa aku, ‘jangan dihiraukan mulut yang berbisa tetapi ambil sebagai pengajaran bahawa tiada benda yang dilaksanakan mudah seperti yang kita sangka, kata-kata bukan sebab untuk merasa diri rendah tetapi niat yang utama membuat diri berkobar-kobar.’ =]

Alhamdulillah semua insan sekeliling aku mula menerima penghijrahan aku malah aku dipanggil ustazah di kampungku. Panggilan yang belum sedia untuk aku terima kerana aku masih banyak untuk belajar. Aku belum tahu 100% tentang agama dan masih mencari dan menimba ilmu. Aku sudah bersedia dengan penghijrahan aku,membawa diri aku bertudung labuh memerlukan tanggungjawab yang tinggi kerana pakaian sebegini cermin Islam. Aku tahu apa yang aku pikul amatlah besar. Membawa imej Islam dalam kelompok dimana Islam sebagai minoriti. Aku memakai tudung labuh bukanlah bertujuan untuk menunjuk yang aku alim atau tahu sangat agama tetapi aku lakukan hanya kerana Allah, aku ingin senantiasa berada dalam lindungan-Nya, melindungi diri aku dari pandangan-pandangan mata bernafsu kaum Adam, salah satu cara aku mengabdikan diri aku kepada Allah, sebagai peringatan aku tentang bisikan-bisikan syaitan. InsyaAllah, jika niat yang betul, Allah akan permudahkan segala-galanya. Allah adalah kekuatan aku. Bersyukurlah sesiapa yang diluar sana mempunyai keluarga yang sentiasa menyokong dalam hal yang melibatkan agama.

Aku kini hanya menanti impian aku berniqab. Aku tahu keluarga aku tidak akan menyokong impian aku ini. Aku hanya menanti jauz yang akan membantu aku untuk menyempurnakan impian aku. InsyaAllah segala akan berlaku dan Allah sentiasa bersamaku. Aku juga mempunyai satu impian yang aku tidak tahu bila dan bagaimana nak melaksanakan, aku ingin tamatkan sisa hidupku di tanah suci Makkah. InsyaAllah jika ia tidak keberatan untuk aku, Allah akan memberi kesenangan.

Aku akan terus berdoa. Moga Allah terus bersama aku dan mematikan aku dalam keimanan. Moga Allah sentiasa membimbing hati aku untuk jauh dari segala penyakit hati (riak, ujub, sombong munafik), membantu aku untuk tidak memandang dan tidak dipandang, menjaga kelincahan tajamnya lidah berbicara, menutup telinga aku mendengar segala kejahatan dan akhir sekali sentiasa mengingati aku untuk mensyukuri segala nikmat yang diberi oleh-Nya.

“Tidak ada kesusahan (atau bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allh akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar).”

At-Taghabun:11

Yang tertutup lebih indah. =]

03 Rabiulakhir 1433H

Yah! I shouldn’t give up! Allah always be there. =’]

Stay strong ! Thanks a lot to Allah because gave me, the answer for all of my question. =’]

Please don’t~

I want to give up. I want quit from my university. I want to run away from all of this. I can’t stand any longer. I want to be alone, with Allah. I’ve done so many sins. I can feel that I’m getting far from Allah. I’m so disappointed with myself. I had through this feeling before, and I can heal myself from it. But why now I can’t find the same way I’ve healed myself back then. I don’t know what’s wrong with me. I want to give up.! I’m so sick for all of this problem. It’s hurt enough. 

My dad always reminds me, don’t ever whining with all the thing that I’m doing because everyone experiences the same situation. There’s no point for us to says that we are are tired, because the result still the same. But for once in my lifetime, I could says that, I’m so freakin tired with myself. I hate myself. !! I need to heal myself. 

I need to pull back myself together. Allah always be with me. I should feel grateful because I’m alive. A lot of people out there didn’t have what I have now. Please don’t says that you are sick with your life. Allah knows better than you, Atiqah. Be stronger! Yes! Allah is my strength. I live because of Allah. Thanks to Allah for giving me this kind of situation. I need to discover what are the thing that Allah wanted to show to me. I feel thankful and proud because I’m muslim. Islam had thought me a lot of things. I could commit to suicide;the easier way to get rid of this kind of problem I had now. But Islam had thought me that for whom we live, what are the purpose of life. yes. I’m proud that I’m a MUSLIM. 

I love Allah. I love Muhammad. I love Islam. I love Sunnah. I love Quran Al-Karim. I must think positive. Everything happens for reason with a meaningful results. Stay strong! You can do it Atiqah! Yahh! I can do , I know I’m the best for myself. Takes everything as a lesson. InsyaAllah, Allah will guides you. =’]